Fakta penting tentang kerasukan makhluk halus
1. Kebiasaannya roh atau syaitan hanya akan merasuk seseorang manusia untuk memuaskan nafsunya.
2. Manusia hanya akan dirasuk oleh roh yang terlalu ketagih dengan makanan, arak, hubungan kelamin, keindahan dunia dan sebagainya.
3. Kadang-kadang roh akan mendampingi seseorang untuk membantunya atau untuk menjaga keselamatannya.
4. Makhluk halus tidak akan mengganggu seseorang manusia, jika manusia tersebut tidak mengganggunya.
5. Tiada sebuah jangka masa untuk makhluk halus tinggal di dalam badan seseorang manusia.
6. Makhluk halus akan tinggal di dalam badan seseorang manusia sehingga tujuannya tercapai.
7. Kadang-kadang roh manusia yang baru meninggal dunia akan mencuba untuk berkomunikasi dengan manusia lain untuk meminta bantuan.
8. Kadang-kadang roh nenek moyang akan tinggal di rumah atau badan seseorang untuk melindungi ahli keluarganya daripada sihir atau makhluk halus yang lain.
Manusia mungkin akan diganggu makhluk halus untuk membalas dendam kerana:
1. Memasuki kawasan mereka tanpa kebenaran dan mengganggu ketenteraman.
2. Mengotorkan kediaman mereka.
3. Terpijak makanan atau barang pujaan mereka.
4. Menyusahkan ahli keluarga mereka yang masih hidup.